SINOPSIS PROJEK SMART LAMP
Projek “Smart Lamp” ini merupakan projek binaan lampu yang berfungsi mengikut keadaan cahaya sekeliling. Tujuan projek ini dibina adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam kursus MTA 1013 Robotik dan Automasi. Selain itu, matlamat utama lampu ini dibina adalah untuk mengurangkan penggunaan kawalan manual oleh pengguna.
Penghasilan projek ini adalah untuk mengawal kecerahan lampu yang berfungsi secara automatik berdasarkan kecerahan cahaya mengikut keadaan sesebuah bilik. Lampu ini sesuai digunakan pada waktu malam dan juga siang hanya ketika keadaan cahaya tidak terang. Sekiranya keadaan cahaya dalam bilik malap, lampu akan menyala lebih terang dan jika cahaya dalam bilik adalah sedikit cerah maka lampu akan menyala dalam keadaan malap.
Disamping mempunyai fungsi dan kegunaannya tersendiri, ia mempunyai nilai komersial yang mampu diketengahkan dalam pasaran. Antaranya ialah lampu ini mampu berkendalian secara automatik dan mengurangkan penggunaan kendalian manual. Lampu ini mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dan sasaran utamanya ialah untuk kegunaan dalam bilik darjah.
SENARAI BAHAN
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam menyempurnakan tugasan ini ialah:
Komponen | harga | Resit | |
Litar kawalan cahaya (Light Dimmer) | - Resistor · 2 unit 22k 1 w (merah-merah-oren) · 1 unit 470 ohm (kuning-ungu-coklat) · 1 unit 33 ohm (oren-oren-hitam) - Rectifier Diode (IA) - Socket for DIP IC - Integrated Circuit (IC) - Power transistor - Cadmuin Sulphide Photo-cell (CDS) - Trimmer Potentiometer - Potentiometer - DIAC (32 – 40 V) Trigger Diodes - Terminal Block | RM 20 | |
Litar kawalan cahaya (Light on relay) | - IC-1 (8 pin) - Resistor · 10k (coklat-hitam-oren) · 2 unit 1.2k (coklat-merah-merah) · 470R (kuning-ungu-coklat) - Signak switching diode - Light Emitting diode (LED) - VR 22k (Preset Potentiometer) - Relay 6V – 9VDC (SPDT) - Light Dependent Resistor (LDR) - Ceramic capacitor 0.1 - Electrolytic capasitor 1uF - Transistor 9012 PNP | RM 17.90 | |
Set lampu | - Mentol 100 (edision) - Tapak mentol - Wayar - Palam 3 pin | RM 10 | |
Jumlah | RM 47.90 |
KEGUNAAN PROJEK
Projek penghasilan lampu “Smart Lamp” yang dibangunkan adalah untuk mengawal pencahayaan terutamanya pada waktu malam dan gelap ketika cuaca dalam keaadaan hujan. Keadaan ini akan lebih menjimatkan tenaga pekerja kerana lampu ini berfungsi secara automatik. Jika dibandingkan dengan lampu yang biasa digunakan di sekolah-sekolah atau dirumah, dimana pengawalan lampu menggunakan tenaga pekerja untuk mengawal suis lampu tersebut. Rekabentuknya unik dan menarik menjadikannya sebagai produk yang kreatif dan inovatif. Produk ni juga menggunakan sensor yang akan menyalakan lampu apabila hari malam atau suasana gelap dan padam bila hari siang atau keadaan cerah. Hal ini kerana apabila suasana gelap, sensor akan mengesan lalu lampu akan menyala dan apabila suasana cerah, lampu akan padam. Kecerahan lampu dilaras oleh kepekaan sensor.
PENUTUP
Pembangunan “Smart Lamp” ini memerlukan kreativiti serta pengetahuan dalam menghasilkan fungsi lampu dan litarnya. Dengan adanya bakat kreativiti dan pengetahuan dalam bidang ini, maka “Smart Lamp” ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Apa yang diperoleh sepanjang pembangunannya amat berharga kerana dalam menyelesaikan litar yang merupakan aspek utama dalam membolehkan lampu berfungsi dengan mengeluarkan cahaya mengikut keadaan sekelilingnya. Penghasilan projek ini amat bermakna dan memberi pemberi pengajaran yang amat berguna pada masa akan datang.
********************************************************************************************
AHLI KUMPULAN
assalamualikum ada report utk projek ni ??
ReplyDeletetlg send kat email: marinah.taibkamil
@gmail.com
utk rujukan projek ni